"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN , MERAIKAN KEPELBAGAIAN "







Isnin, 29 Mac 2010

MAJLIS DAILOG BERSAMA KETUA POLIS KULIM





KRT Tunku Bendahara telah menganjurkan majlis dailog bersama Ketua Polis Daerah Kulim, bertempat di Dewan Kg Darul Aman, Kulim. Ketua Polis dalam ucapannya berkata, masalah jenayah seharusnya ditangani dan penglibatan semua pihak . Katanya , dengan adanya KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ianya dapat membantu mengurang indeks jenayah yang berlaku selain membuat rondaan sekitar kawasan yang bermasalah dan berisiko tinggi.
Turut hadir dalam majlis tersebut Tuan Haji Hashim bin Yob , Pengarah JPNIN negeri Kedah.


MAJLIS PELANCARAN GERAK MESRA PERPADUAN












Majlis Pelancaran Gerak Mesra Perpaduan telah berjaya dilancarkan pada 17 Mac 2010 bertempat di Dewan Bandaran Kulim. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Berusaha Tuan Hashim bin Yob, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Turut hadir . Tuan Supt Ghuzlan bin Haji Saleh, Ketua Polis Daerah Kulim.


Rabu, 10 Mac 2010

MENGHAYATI SEMANGAT PERPADUAN

MENGHAYATI SEMANGAT PERPADUAN
Perpaduan merupakan senjata ampuh yang membina tamadun negara. Kesedaran dan kebijaksanaan pemimpin terhadap formula bersatu padu di antara kaum mewujudkan parti perikatan yang akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan lebih awal daripada jangkaan penjajah Inggeris. Resipi kejayaan ini dipanjangkan ke kepulauan Borneo dengan pembentukan Malaysia atas penyertaan Sabah dan Sarawak.


Sumpah taat setia rakyat melalui ikrar Rukun Negara memantapkan lagi sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem demokrasi negara. Perkongsian kuasa pemerintahan dan perwakilan pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya mengiktiraf hak rakyat terhadap pentadbiran negara.

Kesedaran daripada tragedi 13 Mei 1969 membuka mata Malaysia untuk merangka strategi memperkukuhkan semangat perpaduan. Pelan-pelan Pembangunan Jangka Panjang dan Jangka Pendek telah dilaksanakan bagi menghapuskan jurang antara kaum.

Bertitik tolak asas perpaduan yang kukuh, Malaysia kini gah di mata dunia atas kejayaan mengharungi krisis kronik ekonomi dunia tanpa bantuan daripada pihak luar. Hari ini ekonomi negara telah dijadikan model dan ikutan beberapa negara asing.

Bagi memastikan semangat perpaduan semakin kukuh, kerajaan telah menekankan aspek pembelajaran di sekolah-sekolah melalui Falsafah Pendidikan Negara. Semangat ini disemai dikalangan anak-anak agar sebati didalam diri mereka.

Oleh yang demikian , usaha berterusan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan negara memerlukan penglibatan semua pihak. Apa yang pasti masa depan, keselamatan dan kesejahteraan negara terletak ditangan rakyat Malaysia sendiri

KONTRAK SOSIAL


Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.



Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.

KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran


Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.

Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan


Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

Ahad, 7 Mac 2010

KEM CINTAI SUNGAI KITA












Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Aman bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah serta Kelab River Ranger SMK Teloi Kanan telah berjaya menganjurkan Kem Cintai Sungai Kita. Program yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2010 telah disertai seramai 120 peserta teridiri dari kalangan pelajar yang berumur bawah 12 tahun.


Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan tentang sungai dan alam sekitar, memberi pendedahan kepada peserta tentang pemantauan kualiti air, memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar terutamanya sungai.



Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh Encik Abd Rahman bin Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut Hadir Penghulu Mukim Sungai Karangan. Menurut penyelaras program , Encik Mohamad Fauzi Baharom yang juga Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Aman, program ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan sempena cuti sekolah.



Sementara itu,satu pertandingan memancing ikan dikalangan para waris dan ibu bapa juga diadakan dikawasan tersebut. Pada hari terakhirnya program pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak tabika sebagai acara penutup kem tersebut.