"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN , MERAIKAN KEPELBAGAIAN "







Selasa, 16 Februari 2010

PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA


Perpaduan adalah unsur penting yang menjadi prasyarat kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk di negara kita. Jesteru, usaha membina dan memelihara perpaduan menjadi agenda utama setiap pucuk pimpinan negara yang silih berganti. Dinegara kita usaha mencapai integrasi nasional dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti integrasi wilayah ,sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan politik.


Perlu difahami bahawa dalam mana-mana masyarakat majmuk, wujud dua unsur tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga menyatukan dan tenaga memecah. J.W Vonder Zanden dalam bukunya sociology, A systematic approach 1970 menyebut tenaga-tenaga yang menyatukan itusebagai kuasa centripetal seperti persefahaman, tolenransi, penerimaan dan persetujuan. Tenaga-tenaga yang memecah pula dikenali sebagai kuasa centrifugal seperti perbalahan, prasangka, diskriminasi dan paksaan.


Yang ingin kita perkukuhkan adalah tenaga atau kuasa yang menyatukan kerana konsep integrasi itu sendiri bermaksud mewujudkan kesatuan daripada bahagian-bahagian yang berpecah atau terpisah. Sayugia difahami bahawa kesepaduan dan keharmonian kaum menjadi keutamaan untuk melancarkan pertumbuhan pembangunan dan kemajuan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan