Dengan mengingati ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, kita akan menilai kembali apakah selama ini kita telah berbuat sesuatu yang betul sebagaimana diteladani oleh baginda? Ini akan memberikan kita keinsafan, bahawa rentang sejarah yang bakal kita lalui nanti akan dipenuhi dengan langkah penuh keinsafan, berpedoman dan perasaan rendah diri atas teladan yang ditinggalkan.
Maulidur Rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya. Allah sendiri memuliakan Nabi, maka adalah sunat bagi umat Islam meraikan hari kelahiran baginda. Kalau ada yang mengatakan bahawa perayaan Maulud Nabi merupakan satu perbuatan bid'ah maka bid'ah yang kita lakukan itu adalah untuk menunjukkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap Rasulullah SAW. Biar orang tahu bahawa pelaku bid'ah itu mencintai Nabi. Di samping lambang penyatuan umat, ia adalah sesuatu yang memang dianjurkan oleh Islam.
Hari ini KRT Taman Mutiara telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul . Acara dimulakan dengan perarakan dengan disertai seramai lebih 300 orang penduduk dan ianya telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abdul Rahman Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut diundang seorang penceramah dari Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan