"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN , MERAIKAN KEPELBAGAIAN "







Rabu, 10 Mac 2010

KONTRAK SOSIAL


Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.



Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.

KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran


Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.

Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan


Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

Ahad, 7 Mac 2010

KEM CINTAI SUNGAI KITA












Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Aman bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah serta Kelab River Ranger SMK Teloi Kanan telah berjaya menganjurkan Kem Cintai Sungai Kita. Program yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2010 telah disertai seramai 120 peserta teridiri dari kalangan pelajar yang berumur bawah 12 tahun.


Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan tentang sungai dan alam sekitar, memberi pendedahan kepada peserta tentang pemantauan kualiti air, memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar terutamanya sungai.



Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh Encik Abd Rahman bin Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut Hadir Penghulu Mukim Sungai Karangan. Menurut penyelaras program , Encik Mohamad Fauzi Baharom yang juga Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Aman, program ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan sempena cuti sekolah.



Sementara itu,satu pertandingan memancing ikan dikalangan para waris dan ibu bapa juga diadakan dikawasan tersebut. Pada hari terakhirnya program pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak tabika sebagai acara penutup kem tersebut.









Ahad, 28 Februari 2010

500 RT BARU DITUBUHKAN



SIBU 28 Feb. – Hampir 500 Rukun Tetangga (RT) baru ditubuhkan tahun lepas bagi menjadikan jumlahnya kira-kira 4,500 di seluruh negara sekarang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini.


Beliau berkata, ini menunjukkan program ke arah memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat mendapat sambutan baik di peringkat akar umbi.
Berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, beliau berkata, berikutan sambutan hebat yang diberi terhadap program itu, RT boleh memainkan peranan penting dalam memupuk konsep 1Malaysia di kawasan bandar dan separa bandar.


Tsu Koon berkata, RT pertama di negara ini ditubuhkan pada Ogos 1975 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. – Bernama

Jumaat, 26 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL







Dengan mengingati ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, kita akan menilai kembali apakah selama ini kita telah berbuat sesuatu yang betul sebagaimana diteladani oleh baginda? Ini akan memberikan kita keinsafan, bahawa rentang sejarah yang bakal kita lalui nanti akan dipenuhi dengan langkah penuh keinsafan, berpedoman dan perasaan rendah diri atas teladan yang ditinggalkan.




Maulidur Rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya. Allah sendiri memuliakan Nabi, maka adalah sunat bagi umat Islam meraikan hari kelahiran baginda. Kalau ada yang mengatakan bahawa perayaan Maulud Nabi merupakan satu perbuatan bid'ah maka bid'ah yang kita lakukan itu adalah untuk menunjukkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap Rasulullah SAW. Biar orang tahu bahawa pelaku bid'ah itu mencintai Nabi. Di samping lambang penyatuan umat, ia adalah sesuatu yang memang dianjurkan oleh Islam.



Hari ini KRT Taman Mutiara telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul . Acara dimulakan dengan perarakan dengan disertai seramai lebih 300 orang penduduk dan ianya telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abdul Rahman Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut diundang seorang penceramah dari Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah.

Selasa, 23 Februari 2010

SKIM RONDAAN SUKARELA


Skim Rondaan Sukarela telah diwartakan oleh kerajaan dimana memberi kuasa kepada penduduk untuk membuat rondaan di dalam kawasan Rukun Tetangga. SRS diletakkan dibawah akta darurat Kuasa-Kusa Perlu 1979 dibawah Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975.
Sehingga kini sebanyak 22 kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kulim dan Bandar Baharu telah mendapat kelulusan untuk menjalankan rondaan. Pihak JPNIN sedang berusaha memberi penerangan bagi memperluaskan skim seluruh kawasan Rukun Tetangga.
Dengan adanya SRS ini, pihak JPNIN berharap ianya dapat membantu pihak berkuasa bagi mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial dikawasan - kawasan perumahan khususnya di kawasan Rukun Tetangga. JPNIN Kulim/ Bandar Baharu setiasa bekerjasama dengan pihak Polis Daerah Kulim untuk mempertingkatkan lagi skim ini.

Selasa, 16 Februari 2010

PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA


Perpaduan adalah unsur penting yang menjadi prasyarat kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk di negara kita. Jesteru, usaha membina dan memelihara perpaduan menjadi agenda utama setiap pucuk pimpinan negara yang silih berganti. Dinegara kita usaha mencapai integrasi nasional dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti integrasi wilayah ,sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan politik.


Perlu difahami bahawa dalam mana-mana masyarakat majmuk, wujud dua unsur tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga menyatukan dan tenaga memecah. J.W Vonder Zanden dalam bukunya sociology, A systematic approach 1970 menyebut tenaga-tenaga yang menyatukan itusebagai kuasa centripetal seperti persefahaman, tolenransi, penerimaan dan persetujuan. Tenaga-tenaga yang memecah pula dikenali sebagai kuasa centrifugal seperti perbalahan, prasangka, diskriminasi dan paksaan.


Yang ingin kita perkukuhkan adalah tenaga atau kuasa yang menyatukan kerana konsep integrasi itu sendiri bermaksud mewujudkan kesatuan daripada bahagian-bahagian yang berpecah atau terpisah. Sayugia difahami bahawa kesepaduan dan keharmonian kaum menjadi keutamaan untuk melancarkan pertumbuhan pembangunan dan kemajuan negara.

Ahad, 14 Februari 2010

ERATKAN PERPADUAN NASIONAL



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat menjadikan semangat tahun harimau sempena Tahun Baru Cina tahun ini sebagai pemangkin mengeratkan lagi perpaduan nasional melalui semangat 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, selain itu beliau juga mahu mengambil semangat tahun harimau tersebut sebagai asas kepada usaha untuk meneruskan lagi agenda memajukan negara.
Beliau berkata, tahun harimau mengikut kalendar masyarakat Cina dianggap istimewa kerana haiwan itu adalah simbol kepada ciri-ciri seperti keberanian serta kesungguhan yang antara lain merupakan cerminan imej Malaysia.

"Dengan simbol keberanian, kesungguhan yang ada pada harimau kita boleh anggap ia juga sebagai cerminan pada imej Malaysia.
"Oleh itu semangat '1Malaysian Tiger' ini akan menjadi asas untuk kita meneruskan usaha memupuk perpaduan nasional dan untuk terus memajukan negara Malaysia,'' katanya.


Semua Warga kerja JPNIN Kulim / Bandar Baharu mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat cina khususnya di daerah ini.