"MEMBUDAYAKAN PERPADUAN , MERAIKAN KEPELBAGAIAN "







Isnin, 24 Mei 2010

SUKANDIDIK DAERAH KULIM 2010












Ahad 23 Mei - Sukandidik Tabika Perpaduan Daerah Kulim telah dilaksanakan dengan jayanya di Padang Sektor D, Taman Kenari, Kulim. Majlis pembukaan rasmi telah disempurnakan oleh Yg Dihormati Tuan DSP Chin Timbalan Ketua Polis mewakili Ketua Polis Daerah Kulim.

Sebanyak 19 kelas tabika seluruh daerah telah menyertai program ini disamping penyertaan semua waris dan ibubapa.

Pihak Jawatan pengelola merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.







Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU



Dapat rusa belang kakiBerguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979




Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga kerja KelasTabika Perpaduan Daerah Kulim/ Bandar Baharu. Jadikan tema Hari Guru " Guru Pembina Negara Bangsa " sebagai satu teras untuk mencapai kejayaan dan kemajuan selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan pra sekolah.


Seluruh pentadbiran JPNIN Kulim/ Bandar Baharu mengucapkan selamat Hari Guru.

Ahad, 9 Mei 2010

PROGRAM MESRAPADU KEJIRANAN












Program MesraPadu Kejiranan KRT Syed Sheh telah berjaya diadakan pada sabtu 1Mei. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena program tersebut.






Ahad, 2 Mei 2010

BALU AJKRT TERIMA PAMPASAN


BANDAR BAHARU 2 Mei -
Kehilangan suami tersayang kira-kira tiga bulan lalu begitu dirasai J. Nesamani, 40, dari Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar di sini kerana kehilangan tempat bergantung hidup.Kesengsaraan itu bagaimanapun sedikit terubat apabila beliau menerima sumbangan bernilai RM20,000 daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. hasil caruman insurans suaminya, P. Muniandy dalam Skim Ronda Sukarela (SRS) Rukun Tetangga (RT) yang diperkenalkan sejak 1 Januari 2007.

Nesamani berkata, beliau tidak menduga menerima faedah daripada skim insurans itu selepas suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 11 Februari lalu.
"Rupa-rupanya, semua ahli SRS ini ada caruman masing-masing sebanyak RM10 setahun dan saya memang tidak tahu suami saya juga berbuat demikian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek sumbangan tersebut pada program karnival sukan anjuran RT Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Serdang di sini hari ini.
Cek berkenaan disampaikan oleh Pengurus Projek Insuran RT, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional, Shahrul Azmi Ab. Rahman.Turut hadir Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kulim-Bandar Baharu, Shahrizad Mohd. Dahlan dan Ketua Balai Polis Serdang, Sub Inspektor Kamarudin Ahmad.

Nesamani berkata, wang berkenaan akan digunakan untuk membiayai keperluan keluarga termasuk anak-anaknya, Mattew Noell, 11, yang masih menuntut di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Lunas, Kulim; Geethanya, 2, dan Bhavanis, berusia 10 bulan.
''Apabila terima wang sebanyak ini, hati berasa gembira dan tenang kembali," katanya lagi.
Terdahulu dalam ucapannya, Shahrul Azmi memberitahu, sepanjang tahun lalu, sebanyak RM1.9 juta diserahkan kepada ahli-ahli RT yang menyertai skim itu akibat kemalangan.
Jelasnya, ia melibatkan 86 kes kemalangan maut dan 300 kes kecederaan.

Beliau menambah, sehingga kini, seramai 150,000 ahli di 4,610 kawasan RT termasuk di Sabah dan Sarawak menyertai skim tersebut.Beliau menjangkakan bilangan ahli SRS di seluruh negara meningkat seramai 200,000 orang pada penghujung tahun ini.

Isnin, 29 Mac 2010

MAJLIS DAILOG BERSAMA KETUA POLIS KULIM





KRT Tunku Bendahara telah menganjurkan majlis dailog bersama Ketua Polis Daerah Kulim, bertempat di Dewan Kg Darul Aman, Kulim. Ketua Polis dalam ucapannya berkata, masalah jenayah seharusnya ditangani dan penglibatan semua pihak . Katanya , dengan adanya KRT dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ianya dapat membantu mengurang indeks jenayah yang berlaku selain membuat rondaan sekitar kawasan yang bermasalah dan berisiko tinggi.
Turut hadir dalam majlis tersebut Tuan Haji Hashim bin Yob , Pengarah JPNIN negeri Kedah.


MAJLIS PELANCARAN GERAK MESRA PERPADUAN












Majlis Pelancaran Gerak Mesra Perpaduan telah berjaya dilancarkan pada 17 Mac 2010 bertempat di Dewan Bandaran Kulim. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Y. Berusaha Tuan Hashim bin Yob, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Turut hadir . Tuan Supt Ghuzlan bin Haji Saleh, Ketua Polis Daerah Kulim.


Rabu, 10 Mac 2010

MENGHAYATI SEMANGAT PERPADUAN

MENGHAYATI SEMANGAT PERPADUAN
Perpaduan merupakan senjata ampuh yang membina tamadun negara. Kesedaran dan kebijaksanaan pemimpin terhadap formula bersatu padu di antara kaum mewujudkan parti perikatan yang akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan lebih awal daripada jangkaan penjajah Inggeris. Resipi kejayaan ini dipanjangkan ke kepulauan Borneo dengan pembentukan Malaysia atas penyertaan Sabah dan Sarawak.


Sumpah taat setia rakyat melalui ikrar Rukun Negara memantapkan lagi sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan sistem demokrasi negara. Perkongsian kuasa pemerintahan dan perwakilan pemimpin yang dipilih melalui pilihanraya mengiktiraf hak rakyat terhadap pentadbiran negara.

Kesedaran daripada tragedi 13 Mei 1969 membuka mata Malaysia untuk merangka strategi memperkukuhkan semangat perpaduan. Pelan-pelan Pembangunan Jangka Panjang dan Jangka Pendek telah dilaksanakan bagi menghapuskan jurang antara kaum.

Bertitik tolak asas perpaduan yang kukuh, Malaysia kini gah di mata dunia atas kejayaan mengharungi krisis kronik ekonomi dunia tanpa bantuan daripada pihak luar. Hari ini ekonomi negara telah dijadikan model dan ikutan beberapa negara asing.

Bagi memastikan semangat perpaduan semakin kukuh, kerajaan telah menekankan aspek pembelajaran di sekolah-sekolah melalui Falsafah Pendidikan Negara. Semangat ini disemai dikalangan anak-anak agar sebati didalam diri mereka.

Oleh yang demikian , usaha berterusan kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan negara memerlukan penglibatan semua pihak. Apa yang pasti masa depan, keselamatan dan kesejahteraan negara terletak ditangan rakyat Malaysia sendiri

KONTRAK SOSIAL


Kontrak sosial merupakan persetujuan atau kesepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.



Kontrak ini terbentuk apabila berlaku tuntutan dan desakan kaum bukan Melayu terhadap hak dan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Kesedaran untuk bebas daripada belenggu penjajah memberi jalan kepada pemimpin UMNO dan MCA mencapai kata sepakat menghasilkan suatu permaufakatan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.


Kesepakatan yang tertulis didalam kontrak sosial ini kemudiannya dipanjangkan di dalam memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang diberi tugas untuk menggubal Perlembagaan Tanah Melayu.

KANDUNGAN KONTRAK SOSIAL

Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah Rizab Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu dan adat istiadat Melayu.


Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa kedua. Kaum Cina dan India boleh terus menggunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengantaran dalam pembelajaran


Kedudukan Raja-Raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Dipertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-Raja Melayu dan akan menduduki takhta selama lima tahun.

Raja-Raja akan menjadi Raja Berpelembagaan


Status kewarganegaraan diberikan kepada sesiapa sahaja yang lahir di PersekutuanTanah Melayu dan sudah bermastautin melebihi tempoh lima tahun.

Ahad, 7 Mac 2010

KEM CINTAI SUNGAI KITA












Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Aman bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah serta Kelab River Ranger SMK Teloi Kanan telah berjaya menganjurkan Kem Cintai Sungai Kita. Program yang berlangsung pada 4 hingga 6 Mac 2010 telah disertai seramai 120 peserta teridiri dari kalangan pelajar yang berumur bawah 12 tahun.


Objektif utama program ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan tentang sungai dan alam sekitar, memberi pendedahan kepada peserta tentang pemantauan kualiti air, memupuk rasa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar terutamanya sungai.



Majlis perasmian kem ini telah disempurnakan oleh Encik Abd Rahman bin Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut Hadir Penghulu Mukim Sungai Karangan. Menurut penyelaras program , Encik Mohamad Fauzi Baharom yang juga Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Aman, program ini akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan sempena cuti sekolah.



Sementara itu,satu pertandingan memancing ikan dikalangan para waris dan ibu bapa juga diadakan dikawasan tersebut. Pada hari terakhirnya program pertandingan mewarna melibatkan kanak-kanak tabika sebagai acara penutup kem tersebut.









Ahad, 28 Februari 2010

500 RT BARU DITUBUHKAN



SIBU 28 Feb. – Hampir 500 Rukun Tetangga (RT) baru ditubuhkan tahun lepas bagi menjadikan jumlahnya kira-kira 4,500 di seluruh negara sekarang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon hari ini.


Beliau berkata, ini menunjukkan program ke arah memupuk dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan rakyat mendapat sambutan baik di peringkat akar umbi.
Berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di sini, beliau berkata, berikutan sambutan hebat yang diberi terhadap program itu, RT boleh memainkan peranan penting dalam memupuk konsep 1Malaysia di kawasan bandar dan separa bandar.


Tsu Koon berkata, RT pertama di negara ini ditubuhkan pada Ogos 1975 oleh Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. – Bernama

Jumaat, 26 Februari 2010

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL







Dengan mengingati ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, kita akan menilai kembali apakah selama ini kita telah berbuat sesuatu yang betul sebagaimana diteladani oleh baginda? Ini akan memberikan kita keinsafan, bahawa rentang sejarah yang bakal kita lalui nanti akan dipenuhi dengan langkah penuh keinsafan, berpedoman dan perasaan rendah diri atas teladan yang ditinggalkan.




Maulidur Rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya. Allah sendiri memuliakan Nabi, maka adalah sunat bagi umat Islam meraikan hari kelahiran baginda. Kalau ada yang mengatakan bahawa perayaan Maulud Nabi merupakan satu perbuatan bid'ah maka bid'ah yang kita lakukan itu adalah untuk menunjukkan rasa cinta yang amat mendalam terhadap Rasulullah SAW. Biar orang tahu bahawa pelaku bid'ah itu mencintai Nabi. Di samping lambang penyatuan umat, ia adalah sesuatu yang memang dianjurkan oleh Islam.



Hari ini KRT Taman Mutiara telah berjaya menganjurkan Sambutan Maulidul Rasul . Acara dimulakan dengan perarakan dengan disertai seramai lebih 300 orang penduduk dan ianya telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Abdul Rahman Mahmud, Penyelaras DUN Merbau Pulas. Turut diundang seorang penceramah dari Pulau Pinang untuk menyampaikan ceramah.

Selasa, 23 Februari 2010

SKIM RONDAAN SUKARELA


Skim Rondaan Sukarela telah diwartakan oleh kerajaan dimana memberi kuasa kepada penduduk untuk membuat rondaan di dalam kawasan Rukun Tetangga. SRS diletakkan dibawah akta darurat Kuasa-Kusa Perlu 1979 dibawah Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975.
Sehingga kini sebanyak 22 kawasan Rukun Tetangga di Daerah Kulim dan Bandar Baharu telah mendapat kelulusan untuk menjalankan rondaan. Pihak JPNIN sedang berusaha memberi penerangan bagi memperluaskan skim seluruh kawasan Rukun Tetangga.
Dengan adanya SRS ini, pihak JPNIN berharap ianya dapat membantu pihak berkuasa bagi mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial dikawasan - kawasan perumahan khususnya di kawasan Rukun Tetangga. JPNIN Kulim/ Bandar Baharu setiasa bekerjasama dengan pihak Polis Daerah Kulim untuk mempertingkatkan lagi skim ini.

Selasa, 16 Februari 2010

PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA


Perpaduan adalah unsur penting yang menjadi prasyarat kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk di negara kita. Jesteru, usaha membina dan memelihara perpaduan menjadi agenda utama setiap pucuk pimpinan negara yang silih berganti. Dinegara kita usaha mencapai integrasi nasional dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti integrasi wilayah ,sosial, pendidikan, kebudayaan, ekonomi dan politik.


Perlu difahami bahawa dalam mana-mana masyarakat majmuk, wujud dua unsur tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga yang saling bertentangan iaitu tenaga menyatukan dan tenaga memecah. J.W Vonder Zanden dalam bukunya sociology, A systematic approach 1970 menyebut tenaga-tenaga yang menyatukan itusebagai kuasa centripetal seperti persefahaman, tolenransi, penerimaan dan persetujuan. Tenaga-tenaga yang memecah pula dikenali sebagai kuasa centrifugal seperti perbalahan, prasangka, diskriminasi dan paksaan.


Yang ingin kita perkukuhkan adalah tenaga atau kuasa yang menyatukan kerana konsep integrasi itu sendiri bermaksud mewujudkan kesatuan daripada bahagian-bahagian yang berpecah atau terpisah. Sayugia difahami bahawa kesepaduan dan keharmonian kaum menjadi keutamaan untuk melancarkan pertumbuhan pembangunan dan kemajuan negara.

Ahad, 14 Februari 2010

ERATKAN PERPADUAN NASIONAL



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat menjadikan semangat tahun harimau sempena Tahun Baru Cina tahun ini sebagai pemangkin mengeratkan lagi perpaduan nasional melalui semangat 1Malaysia.

Perdana Menteri berkata, selain itu beliau juga mahu mengambil semangat tahun harimau tersebut sebagai asas kepada usaha untuk meneruskan lagi agenda memajukan negara.
Beliau berkata, tahun harimau mengikut kalendar masyarakat Cina dianggap istimewa kerana haiwan itu adalah simbol kepada ciri-ciri seperti keberanian serta kesungguhan yang antara lain merupakan cerminan imej Malaysia.

"Dengan simbol keberanian, kesungguhan yang ada pada harimau kita boleh anggap ia juga sebagai cerminan pada imej Malaysia.
"Oleh itu semangat '1Malaysian Tiger' ini akan menjadi asas untuk kita meneruskan usaha memupuk perpaduan nasional dan untuk terus memajukan negara Malaysia,'' katanya.


Semua Warga kerja JPNIN Kulim / Bandar Baharu mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat cina khususnya di daerah ini.

Sabtu, 6 Februari 2010

TOY'S LIBRARY







JPNIN Kulim/ Bandar Baharu telah diberi tanggungjawab untuk mewujudkan Toy's Library untuk kemudahan dan pendidikan kanak-kanak Tabika Perpaduan. Seramai 3 orang pegawai/guru telah menghadiri kursus bagi mengendalikan perpustakaan ini. Toy's Library ini merupakan yang pertama di negeri Kedah.

Ahad, 31 Januari 2010

SATU MALAYSIA- SATU PERUBAHAN

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

Bagi menghadapi cabaran yang mendatang, selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Datuk Sri najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia menjadikan satu motivasi kepada semua Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga untuk terus meningkatkan kekuatan serta iltizam bagi mencapai cita-cita yang murni ini. Sebagai sebuah organisani yang kuat JKRT haruslah mempunyai sebuah jentera yang jitu dan padu bagi memperkukuhkan Ornanisasi. Berikut diperturunkan aspek utama untuk mencapai matlamat organisasi.


Terdapat 5 aspek utama :


Authority / kuasa

Communication / komunikasi atau perhubungan

Productivity / prestasi atau pengeluaran

Morale / Maruah atau semangat

Change / perubahan




AUTHORITY / KUASA
Pemimpin organisasi dari semua peringkat hendaklah mengingati, menyedari dan menginsafi punca kuasa yang diperolehinya. Jika organisasi itu mengamalkan sistem demokrasi dan memilih pemimpinnya di dalam mesyuarat , maka semua pemimpin hendaklah menghormati peruntukan perlembagaan organisasi.



COMMUNICATION / PERHUBUNGAN
Apabila sesebuah organisasi sudah membuat keputusan untuk melaksanakan sesuatu projek / program/ aktiviti , maka ahli-ahli organisasi hendaklah diberi maklumat melalui sistem penerangan / komunikasi. Penerangan perlu dibri kepada semua ahli supaya projek / program itu didokong atau disokong oleh semua ahli. Jika penerangan yang jelas sudah dibuat maka jika projek itu gagal maka tidaklah pemimpin sahaja yang dipersalahkan. Malahan dengan adanya penerangan kepada ahli-ahli, walau dimana jua mereka berada, mereka akan turut menyokong untuk menjayakan projek berkenaan. Semua kegiatan dan masalah organisasi perlu dilaporkan kepada ahli-ahli di dalam mesyuarat jawatankuasa , perjumpaan .



PRODUCTIVITY / PENGELUARAN
Seseorang pemimpin yang dipilih hendaklah mampu merancang dan melaksanakan program untuk organisasi. Organisasi itu tidak akan berjaya jika tandusan projek dan program. Sesebuah organisasi hanya akan disanjung dan pemimpinnya dihormati jika ada banyak projek dan program. Kejayaan organisasi akan diukur dari banyak atau sedikit projek dan programnya yangdilaksanakan. Pemimpin dan organisasi yang banyak projek/ program dikatakan produktif atau tinggi pengeluarannya.


MORALE / MARUAH DAN SEMANGAT
Setelah merancang banyak projek dan program ianya wajib dilaksanakan dengan jayanya. Jika projek itu berjaya maka semangat ahli-ahli organisasi akan meningkat, dan organisasi dikatakan bermaruah dan ahli-ahli akan menjadi bersemangat dan bangga dengan kejayaan organisasinya.



CHANGE / PERUBAHAN
Perubahan adalah satu yang sangat penting. Ini bereti organisasi itu tidak boleh berterusan dengan projek / program yangsama tanpa ada sebarang perubahan. jika organisasi tidak berubah maju maka tanggungjawab ahli ialah utuk merubah pemimpin dan sanggup membawa pperubahan. Walaubagaimana pun pemimpin lama tidak seharusnya diganti jika sentiasa mampu bawa perubahan.

Rabu, 27 Januari 2010

MEMPAKASAKAN KOMUNITI








Dalam usaha merealisasikan apajua organisasi / pertubuhan , kita perlulah mengenalpasti kekuatan dan kelemah bagi membaiki segala kehebatan dan kepincangan penganjuran. Ilimu dan kemahiran amat penting dikuasai oleh sesebuah jawatankuasa, Tanpa ilmu dan kemahiran ini, maka niat dan cita-cita tidak akan kesampaian. Melalui perbincangan serta hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling , membolehkan sesebuah jawatankuasa menilai kehendak masyarakat tersebut. Hasrat dan cita cita-cita untuk memenuhi kehendak/ keperluan masyarakat boleh dibuat melalui kaedaan menerusi :


5I , Intelligence - Intervention - Involvement - Implementation dan Impact.

Intelligence


Adalah langkah pertama bagi pengumpulan maklumat mengenai minat dan kehendak masyarakat. Pengumpulan maklumat ini perlu bagi mengenalpasti apa yang sebenar yang dikehendaki oleh masyarakat sekeliling dengan mengambira pelbagai lapisan / golongan masyarakat. Maklumat yang diperolehi akan dianalisa serta dan dibincang oleh jawatankuasa berkenaan.

Intervention


Setelah mengenalpasti minat dan kehendak masyarakat , kita perlu memainkan peranan dengan melibatkan diri aktif dalam komuniti sasar.

Involvement
Langkah ini memerlukan pembabitan semua pihak, Dala hal ini organisasi berusaha mendapatkan pembabitan daripada para pemimpin masyrakat, keluarga masyarakat, sektor awam, pihak swasta, badan koperat dan lain-lain badan sukarela serta orang perseorangan.

Intervention
Langkah kedua adalah melibatkan diri secara aktif oleh semua pihak yang terlibat. Dalam hal ini JK akan menjadi perantara dan peneraju serta berusaha mendapatkan pembabitan semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Pembabitan ini juga boleh dibuat bersama oleh pihak-pihak tertentu termasuk pihak swasta dan orang perseorangan. Implementation Langkah berikut adalah perlaksanaan program diperingkat jawatankuasa yang merancang apa-apa program / aktiviti untuk masyarakat sekeling. Perlaksanaan ini diharap dapat dilakukan dengan berkesan.

Impact
Langkah ini adalah sebagai proses yang terakhir, kita perlu membuat penilaian yang terperinci akan keberkesanan program. Semua ini akan dinilai bagi memastikan segala perancangan dan ide dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana penerimaan dan kehandak masyarakat atau kumpulan sasar.

Isnin, 25 Januari 2010

SEMINAR 1 MALAYSIA








Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim / Bandar Baharu dengan kerjasama Biro Tata Negara Negeri Kedah telah menganjurkan Seminar 1 Malaysia bertempat di Pusat Aktiviti Perpaduan Kulim.

Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nor bin Idris , penceramah dari BTN dan Dr. Nurual Hilal dari Kolej Undang-undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia. Seminar ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Hashim Bin Yob, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.
Pihak JPNIN dan BTN merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan seminar ini. Adalah menjadi harapan, dengan adanya seminar ini, kefahaman yang mendalam mengenai gagasan 1 Malaysia dapat diperluaskan diperingkat kawasan masing-masing.

Salam 1 Malaysia.



















Ahad, 24 Januari 2010

PERJUMPAAN AWAL TAHUN BERSAMA DATO' KETUA PENGARAH




Jumaat 22 Januari - Satu perhimpunan / perjumpaan awal tahun 2010 telah diadakan di Auditorium Wisma Persekutuan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , Anak Bukit, Alor Setar. Yhg Dato' Azman bin Hassan , Ketua Pengarah JPNIN telah sudi hadir menyampai perutusan kepada semua warga kerja JPNIN Negeri Kedah dan pada sebelah petangnya dengan pimpinan Kawasan Rukun Tetangga seluruh negeri.




SELAMAT TAHUN BARU 2010

Ybhg Dato' Ketua Pengarah



Warga kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim dan Bandar Baharu mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada seluruh masyarakat khususnya kepada Ahli Jawatankuas Rukun Tetangga dan Guru penolong Tabika Perpaduan.


Dengan sambutan ini, adalah diharap semua warga JPNIN serta Ahli Jawatakuasa Rukun Tetangga , Guru-Penolong Guru mengorak langkah ke hhadapan bagi mencapai hasrat dan cita-cita kerajaan melalui Gagasan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. klik di sini